Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ROYAL BRUNEI ARMED FORCES BOLSTERS REGIONAL DISASTER RESPONSE READINESS AT EXERCISE TRIDENT RESOLVE PLANNING CONFERENCE

JAKARTA, Thursday, 07 May 2026 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) recently concluded its participation in the Final Planning Conference (FPC) for the Exercise Trident Resolve (XTR) Experts' Working Group on Humanitarian Assistance and Disaster Relief (EWG on HADR). The conference was held in Jakarta from 03 to 06 May 2026, which marks the final preparatory phase before a major multinational field exercise scheduled for later this year.

The RBAF delegation was led by Lieutenant Colonel Haji Erawan bin Haji Abu Bakar, Staff Officer Joint Planning, Joint Force RBAF, accompanied by Captain Mohammad Razi Asyzowan bin Haji Razoki from the Engineering Regiment, Royal Brunei Land Forces.

The conference gathered defence experts from the ASEAN Defence Ministers' Meeting Plus (ADMM-Plus) nations to streamline military cooperation during humanitarian crises. The conference was co-chaired by Singapore and New Zealand, with all sessions hosted by Singapore. The discussions focused on the technical requirements for the upcoming Field Training Exercise (FTX), which will be hosted by Indonesia in the final quarter of 2026.

During the four-day event, delegates took part in strategic discussions and site inspections designed to enhance interoperability and the ability of different nations' militaries to operate together seamlessly. These preparations are crucial to ensuring that, when natural disasters occur, regional forces can coordinate relief efforts swiftly and effectively to save lives.

The RBAF's involvement in the ADMM-Plus EWG on HADR underscores Brunei Darussalam's ongoing commitment to regional peace and security. By participating in these high-level planning phases, the RBAF ensures its personnel remain at the forefront of international disaster response standards, ready to deploy alongside global partners when called upon.

 

ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MEMPERKUKUHKAN KESIAPSIAGAAN BANTUAN BENCANA SERANTAU DI PERSIDANGAN PERANCANGAN AKHIR EXERCISE TRIDENT RESOLVE

JAKARTA, Khamis, 07 Mei 2026 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) baru-baru ini telah menamatkan penyertaannya dalam Persidangan Perancangan Akhir (FPC) bagi Kumpulan Kerja Pakar bagi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Alam (EWG on HADR) untuk EXERCISE TRIDENT RESOLVE (XTR). Persidangan yang diadakan di Jakarta bermula 03 hingga 06 Mei 2026 tersebut merupakan fasa persediaan akhir sebelum latihan padang melibatkan pelbagai negara pada hujung tahun ini.

Delegasi ABDB yang menghadiri persidangan tersebut diketuai oleh Leftenan Kolonel Haji Erawan bin Haji Abu Bakar, Pegawai Turus Perancangan Bersama, Angkatan Bersama ABDB, dan diiringi oleh Kapten Mohammad Razi Asyzowan bin Haji Razoki dari Rejimen Jurutera, Tentera Darat Diraja Brunei.

Persidangan berkenaan menghimpunkan pakar-pakar pertahanan dari negara-negara ASEAN Defence Ministers' Meeting Plus (ADMM-Plus) bagi memperkemas kerjasama ketenteraan semasa krisis kemanusiaan. Dipengerusikan bersama oleh Singapura dan New Zealand, sesi tersebut telah dikendalikan oleh Singapura dan memfokuskan keperluan teknikal bagi eksesais padang yang akan dilaksanakan oleh Republik Indonesia sebagai tuan rumah pada suku keempat tahun 2026.

Sepanjang persidangan selama empat hari tersebut, perwakilan daripada setiap negara yang terlibat telah menyertai perbincangan strategik dan pemeriksaan tapak latihan yang bertujuan untuk meningkatkan kebolehan dalam pelbagai operasi atau interoperability—iaitu keupayaan angkatan tentera dari pelbagai negara untuk bekerjasama secara lancar. Persediaan ini adalah sangat penting bagi memastikan apabila bencana alam melanda, pasukan serantau dapat menyelaraskan usaha bantuan dengan lebih pantas dan berkesan demi menyelamatkan nyawa.

Penglibatan ABDB dalam ADMM-Plus EWG on HADR mencerminkan komitmen berterusan Negara Brunei Darussalam terhadap keamanan dan keselamatan serantau. Melalui penyertaan dalam fasa perancangan peringkat tinggi ini, ABDB akan terus memastikan kesiapsiagaan pegawai dan anggota yang terlibat di barisan hadapan di masa akan datang pada tahap yang baik dalam sama-sama menangani bencana antarabangsa, serta bersedia untuk diaturgerakkan bersama rakan kongsi global apabila diperlukan.